Assalamualaikum..
Ladies and Gentlemen,
Boys nd Girls!
Pada entri blog kali ini, saya ingin catatkan tentang...SEKOLAHKU!!
Sekolah saya bukanlah sebuah sekolah elit dan mewah seperti MGS ( Methodist Girl School ) atau yang lain-lain..Sekolah saya biasa-biasa sahaja..Tetapi ianya menyimpan 1001 kenangan indah saya. Sejak tahun 1 lagi, saya selalu menduduki kelas pertama iaitu kelas Arif..Jika ada kelas lain pun ianya hanyalah sementara sebelum mengambil peperiksaan untuk menentukan kelas pelajar tahun 1..Waktu itu, saya berada di kelas 1 Fasih (kelas terakhir)..Selepas peperiksaan itu, saya dengan bangganya measuki kelas 1 Arif..( jangan riak..nanti Tuhan marah )..Sekolah masing-masing mesti mempunyai sejarah tersendiri..Begitu juga sekolah saya..Untuk mengetahui sejarah sekolah saya sila tekan link di bawah:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Sungai_Karang
Sekolah saya ada cerita tersendiri..antaranya ialah kisah hantu yang menghantui bangunan yang berdekatan dengan sebuah pokok buluh yang sangat besar! Kononnya di situ terdapat banyak hantu.. Saya tidaklah mengetahui secara terperinci tentang kisah ini...tetapi masih segar di ingatan saya..ketika mahu pergi ke tandas, saya dan kawan-kawan (ramai yang mengikut) pergi ke tandas, tiba-tiba kawan saya terpandang suatu contengan yang bertulis " Jangan duduk lama-lama kat sini, nanti ada pocong datang" apalagi, saya dan kawan-kawan bertempiaran lari bagai dikejar dinasour T-Rex yang menggerunkan!
Ada cerita menarik tentang sekolah anda? Ceritakanlah di ruangan komen di bawah!
Jumpa lagi di entri blog akan datang, ASSALAMUALAIKUM!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan