Jumaat, 9 Januari 2015

Hello

Assalamualaikum,
Ladies and Gentlemen, Boys and Girls!
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian..Saya bukanlah seorang yang pandai menulis blog, tetapi saya memang suka menulis! Ini kerana........saya seorang penggemar novel. Novel cinta? Tidaklah terlalu minat, tetapi saya baca juga! Saya minat membaca novel hasil karya Ain Maisarah dari syarikat Blink Book.sdn bhd! Novelnya seronok dan menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi).Bolehlah meningkatkan daya penulisan yang tak berapa nak meningkat ini..
Saya bersekolah di Kuantan,Pahang..Dan tahun 2015 ialah tahun kedua saya menjadi pengawas sekolah sejak 2014. Saya tidak pandai berkawan..Pemalulah katakan.Tetapi bila sudah kenal, saya bising juga orangnya!Keputusan peperiksaan saya pada tahun 2014 ialah : 3A 2B, 4A 1B dan 5A..Fuh, berturut-turut..Nasib baiklah menaik, bukan menurun..Tetapi yang paling mengecewakan saya ialah 3A 2B, keputusan paling teruk pernah saya ada..Juga melayakkan saya mendapat nombor 12 di dalam kelas..Sedihnya!Tetapi, selepas itu saya bangkit semula dan akhirya, saya berjaya mendapatkan tempat pertama untuk peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun! Melompat bintanglah saya!Tetapi, markah Bahasa Melayu Penulisan saya semakin menurun! Apakah?Tidak kiralah, asalkan A!Tetapi antara kenangan 2014 yang menyedihkan saya ialah:

~Saya bergaduh dengan kawan baik saya sendiri!Teruk juga pergaduhannya..
~Mendapat tempat ke-12 dalam Ujian 1
~Saya sudah tidak tahu
Tetapi kenangan gembira saya adalah:

~Mendapat tempat pertama sebanyak 11 kali (dari darjah 1 hingga darjah 5)
~Memenangi pertandingan yang dianjurkan Ain Maisarah di Facebook! Tempat kedua sahaja..
~Mendapat 8A dalam UPKK
Di sekolah, saya selalu digelar 'blur' oleh rakan-rakan..Saya selalu blurkah?Tidak tahulah.Tetapi kadang-kadang saya ini naif juga..Kadang-kadang nakal! Saya suka bermain-main tahun lepas..Tidak akan kuulangi kesilapan itu lagi! ( berdrama pula ) Saya suka melukis!Lukisan saya tidaklah terlalu cantik dibandingkan kawan-kawan lain..Tetapi saya memang suka melukis kerana saya suka menonton ANIME! Saya peminat anime no.tidak tahu..Saya pernah masuk pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, tetapi tiada rezeki.Jarang benar saya menang.Pada tahun 2013, saya selalu menjadi MC jika sekolah ada menganjurkan apa-apa program, tetapi pada tahun lepas saya tidak ditawarkan lansung oleh guru bertugas! Sedihnya..Mungkin kerana kesilapan saya sewaktu menjadi MC Majlis Konvokesyen Tahun 6 pada akhir tahun 2013..Suara saya terperlahan! Jika saya sudah bersedia,pasti semua ini tidak akan terjadi.Tidak mengapalah, yang lepas usah dikenang! Saya harus fokus pada tahun 2015 ini kerana, tahun ini saya akan menghadapi UPSR! Doakan saya berjaya ,ya? Persiapan sekolah kamu semua sudah siap? Saya hanya perlu membeli sedikit sahaja lagi barang sekolah.
Tahun ini, saya berazam untuk menabung RM 200! Ini kerana saya mahu membeli novel Ain Maisarah banyak-banyak ataupun saya mahu membeli telefon bimbit sendiri!Saya juga mahu menjadi lebih berdisiplin dan baik hati! (Lain macam sahaja bunyinya ketika perkataan ' baik hati' itu)
Cukuplah coretan saya hari ini,
Semoga bertemu lagi dalam catatan akan datang..
Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pink LollipopStarry SunBlue Berry and Cherry MixStarry SunBobblehead BunnyBlue Fire PointerRising Hot Pink HeartLights Of Heaven
Free Perfume Gold Glitter Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Perfume Gold Glitter Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Blooming Pink Rose Cursors at www.totallyfreecursors.com