Sabtu, 31 Januari 2015

ANAK KE BERAPA??

Assalamualaikum,
Ladies and Gentlemen..
Boys and Girls.
Hari ini saya akan bercerita mengenai Anak Ke Berapa??
Anda anak ke berapa?
Setiap Sabtu, tv9 akan menyiarkan sebuah rancangan dengan #kelakarama . Tajuknya.. Anak ke-5. Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang mendapat tahu dirinya ialah anak angkat sebaik sahaja ayahnya hampir meninggal dunia. Jadi dia pun pergi mencari keluarga kandungnya di MALAYSIA. Apakah kesudahannya?? Anda tontonlah sendiri!
Baiklah-baiklah..Iklan sudah habis. Kita bukannya mahu berbincang mengenai drama itu..Kita ingin berbincang tentang Anak Ke Berapa. Banyak cerita yang kita dengar tentang sifat anak ke...Tetapi betulkah? Jangan tanya saya kerana saya hanya ingin membentangkannya sahaja.
Cerita 1.
Anak pertama- TANAH
Anak kedua-AIR
Anak ketiga- API
Anak keempat- ANGIN.
Dan ulang semula bagi yang ke-5,6 dan lain-lain.
Saya anak ketiga..API?? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang unsur ini sila layari:
https://cecitersikit.wordpress.com/2012/02/09/anda-anak-no-berapa-dalam-family-nak-tahu-rahsia-tak/
Itulah antara result yang saya jumpa..Jngan ambil serius sangat pasal hal rumah tangga itu jika anada masih remaja :p
Baiklah sekian sahaja dari saya..
Sila komen anda anak keberapa dan unsur apa..serta ceritakan kisah lain tentang ANAK KE BERAPA?? anda..
Assalamualaikum sekali lagi.

Khamis, 29 Januari 2015

Main oh Main..

  Assalamualaikum..
Ladies and Gentlemen..
Boys and Girls!
Salam sejahtera kepada pembaca yang Cute dan Macho sekalian..
Bertemu lagi kita secara online di blog Pabila Diri Berbicara..
Kepada yang pernah mengikuti blog ini..Pastinya anda sudah tahu yang saya akn mendududki UPSR pada tahun ini..Sejak darjah satu lagi..saya berangan-rangan mendapat 5A++ dalam UPSR..tetapi bili di depan mata..rasa gerun pula.
  Saya suka bermain-main dan mengikut trend terkini..pabila ramai anak gadis gilakan Rainbow Loom, saya turt mengikutinya..Sekarang apabila ramai kawan kawan membeli kasut roda..saya mesti mempunyainya juga! Inilah gambar kasut roda saya!





Ramai remaja zaman sekarang menggemari permainan seperti ini..Papan luncur dan ice skating turut digemari ramai! Jadi..mesti ramai yang mempunyai mainan kagemaran..So, today assignment..ceh! Cakap orang putih pula! Baiklah..kepada pembaca, kali ini boleh saya minta kalian mengisi ruangan komen di bawah dengan gambar serta caption tentang alat permainan yang anda suka! Sila komenkan idea tentang catatan baharu  pula ya!
                                                                                                                                          


Khamis, 22 Januari 2015

Sekolahku..

Assalamualaikum..
Ladies and Gentlemen,
Boys nd Girls!
Pada entri blog kali ini, saya ingin catatkan tentang...SEKOLAHKU!!
Sekolah saya bukanlah sebuah sekolah elit dan mewah seperti MGS ( Methodist Girl School ) atau yang lain-lain..Sekolah saya biasa-biasa sahaja..Tetapi ianya menyimpan 1001 kenangan indah saya. Sejak tahun 1 lagi, saya selalu menduduki kelas pertama iaitu kelas Arif..Jika ada kelas lain pun ianya hanyalah sementara sebelum mengambil peperiksaan untuk menentukan kelas pelajar tahun 1..Waktu itu, saya berada  di kelas 1 Fasih (kelas terakhir)..Selepas peperiksaan itu, saya dengan bangganya measuki kelas 1 Arif..( jangan riak..nanti Tuhan marah )..Sekolah masing-masing mesti mempunyai sejarah tersendiri..Begitu juga sekolah saya..Untuk mengetahui sejarah sekolah saya sila tekan link di bawah:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Sungai_Karang
Sekolah saya ada cerita tersendiri..antaranya ialah kisah hantu yang menghantui bangunan yang berdekatan dengan sebuah pokok buluh yang sangat besar! Kononnya di situ terdapat banyak hantu.. Saya tidaklah mengetahui secara terperinci tentang kisah ini...tetapi masih segar di ingatan saya..ketika mahu pergi ke tandas, saya dan kawan-kawan (ramai yang mengikut) pergi ke tandas, tiba-tiba kawan saya terpandang suatu contengan yang bertulis " Jangan duduk lama-lama kat sini, nanti ada pocong datang" apalagi, saya dan kawan-kawan bertempiaran lari bagai dikejar dinasour   T-Rex yang menggerunkan!

Ada cerita menarik tentang sekolah anda? Ceritakanlah di ruangan komen di bawah!
Jumpa lagi di entri blog akan datang, ASSALAMUALAIKUM!

Jumaat, 9 Januari 2015

Hello

Assalamualaikum,
Ladies and Gentlemen, Boys and Girls!
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian..Saya bukanlah seorang yang pandai menulis blog, tetapi saya memang suka menulis! Ini kerana........saya seorang penggemar novel. Novel cinta? Tidaklah terlalu minat, tetapi saya baca juga! Saya minat membaca novel hasil karya Ain Maisarah dari syarikat Blink Book.sdn bhd! Novelnya seronok dan menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi).Bolehlah meningkatkan daya penulisan yang tak berapa nak meningkat ini..
Saya bersekolah di Kuantan,Pahang..Dan tahun 2015 ialah tahun kedua saya menjadi pengawas sekolah sejak 2014. Saya tidak pandai berkawan..Pemalulah katakan.Tetapi bila sudah kenal, saya bising juga orangnya!Keputusan peperiksaan saya pada tahun 2014 ialah : 3A 2B, 4A 1B dan 5A..Fuh, berturut-turut..Nasib baiklah menaik, bukan menurun..Tetapi yang paling mengecewakan saya ialah 3A 2B, keputusan paling teruk pernah saya ada..Juga melayakkan saya mendapat nombor 12 di dalam kelas..Sedihnya!Tetapi, selepas itu saya bangkit semula dan akhirya, saya berjaya mendapatkan tempat pertama untuk peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun! Melompat bintanglah saya!Tetapi, markah Bahasa Melayu Penulisan saya semakin menurun! Apakah?Tidak kiralah, asalkan A!Tetapi antara kenangan 2014 yang menyedihkan saya ialah:

~Saya bergaduh dengan kawan baik saya sendiri!Teruk juga pergaduhannya..
~Mendapat tempat ke-12 dalam Ujian 1
~Saya sudah tidak tahu
Tetapi kenangan gembira saya adalah:

~Mendapat tempat pertama sebanyak 11 kali (dari darjah 1 hingga darjah 5)
~Memenangi pertandingan yang dianjurkan Ain Maisarah di Facebook! Tempat kedua sahaja..
~Mendapat 8A dalam UPKK
Di sekolah, saya selalu digelar 'blur' oleh rakan-rakan..Saya selalu blurkah?Tidak tahulah.Tetapi kadang-kadang saya ini naif juga..Kadang-kadang nakal! Saya suka bermain-main tahun lepas..Tidak akan kuulangi kesilapan itu lagi! ( berdrama pula ) Saya suka melukis!Lukisan saya tidaklah terlalu cantik dibandingkan kawan-kawan lain..Tetapi saya memang suka melukis kerana saya suka menonton ANIME! Saya peminat anime no.tidak tahu..Saya pernah masuk pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, tetapi tiada rezeki.Jarang benar saya menang.Pada tahun 2013, saya selalu menjadi MC jika sekolah ada menganjurkan apa-apa program, tetapi pada tahun lepas saya tidak ditawarkan lansung oleh guru bertugas! Sedihnya..Mungkin kerana kesilapan saya sewaktu menjadi MC Majlis Konvokesyen Tahun 6 pada akhir tahun 2013..Suara saya terperlahan! Jika saya sudah bersedia,pasti semua ini tidak akan terjadi.Tidak mengapalah, yang lepas usah dikenang! Saya harus fokus pada tahun 2015 ini kerana, tahun ini saya akan menghadapi UPSR! Doakan saya berjaya ,ya? Persiapan sekolah kamu semua sudah siap? Saya hanya perlu membeli sedikit sahaja lagi barang sekolah.
Tahun ini, saya berazam untuk menabung RM 200! Ini kerana saya mahu membeli novel Ain Maisarah banyak-banyak ataupun saya mahu membeli telefon bimbit sendiri!Saya juga mahu menjadi lebih berdisiplin dan baik hati! (Lain macam sahaja bunyinya ketika perkataan ' baik hati' itu)
Cukuplah coretan saya hari ini,
Semoga bertemu lagi dalam catatan akan datang..
Assalamualaikum!
Pink LollipopStarry SunBlue Berry and Cherry MixStarry SunBobblehead BunnyBlue Fire PointerRising Hot Pink HeartLights Of Heaven
Free Perfume Gold Glitter Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Perfume Gold Glitter Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Blooming Pink Rose Cursors at www.totallyfreecursors.com